Khamis, 29 Disember 2011

Renung wasiat Hassan al-Banna..

1) Segeralah tunaikan solat pada awal waktu iaitu kala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya.Ini membuktikan kesungguhan anda.Di situ ada sumber kejayaan,pertolongan dan taufiq.Perhatikanlah banyak perintah ayat Al-Quran dimulakan dengan menyebut soalat pada awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat di medan perang walaupun pada saat genting dan cemas.

2) Bacalah Al-Quran dan cuba memerhati mesejnya.Selalu berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit.Kurangkan mengisi masa yang tidak bertujuan.Sesungguhnya Al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu.Sumber hidayah kepada saya dan anda.Bacalah Al-Quran,kelak ia memberi syafaat.Sentiasalah membaca,menghafal dan cuba menghayati mesej arahannya.Selalu berzikir,berzikir dan terus berzikir!Di sini ada ketenteraman.Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Dorong diri untuk menguasai bahasa Al-Quran.Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan.Sebenarnya anda sudah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari.Sebut dulu walaupun tidak faham.Antara malapetaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya.Ayuh!Apa tunggu lagi bukalah ruang walaupun seminit!

4) Usahalah bertarung idea tanpa adabnya.Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan.Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan,syaitan namanya!

5) Senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa!Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum.Baginda ketawa kena pada tempatnya.

6) Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan.Tanpa serius,hilanglah kesungguhan.Tanpa bergurau,tawarlah kehidupan.Kata seorang penyair:Berikan kerehatan pada jiwamu.Yang sibuk dengan berfikir,ubati dengan bergurau.Tapi kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7) Kawal nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu.Janganlah jadi seperti orang bodoh.Bahkan menyakiti hati orang lain pula.Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya.Itulah katanya suara keldai!Surah al-Isra' memberi tip kepada kita.Jangan keraskan suaramu dalam solat.Tapi jangan pula merendahkannya.Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Usahlah mengumpat dan usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain.Bercakaplah jika ada unsur kebajikan.Ayuh! Hindarilah mengumpat!Tidak sekali mencabuli jemaah lain!Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.Sukakah anda makan daging?Pasti anda suka!Tapi sukakah anda makan daging kawan anda yang sudah mati?Sekali-kali tidak!Begitulah doasa orang mengumpat.Bertaubatlah jika anda mengumpat tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu.Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi,untuk menghapuskan kemungkaran atau kerana memberi amaran kepada Muslim lain mengenai kejahatan dan mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia.Sekali pun mereka tidak diminta berbuat demikian.Salam kasih sayang adalah untuk semua.Salam kemesraan adalah untuk sejagat.Hulurkanlah salam perkenalan.Lihatlah pensyariatan ibadah haji.Pelbagai bangsa,lapisan dan darjat datang berkunjung.Sama-sama menjunjung obor suci.Tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Maksimumkan faedah waktu anda dan tolnglah orang lain supaya manfaatkan masa.Hadkanlah masa penunainya.Biasakan hidup berjadual di hadapan.Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda.Bersegeralah,kerana dalam sabda Nabi yang bermaksud:"Bertindak segeralah menunaikan amal...(Diulang 7 kali...).Sayangilah masa saudaramu,hormatilah waktu mereka,usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan nokhtahnya.

Petikan : Harian Metro Ruangan Ad-din
               Jumaat 30 Disember 2011
Penulis  : Datuk Mohd Zawawi Yusoh

Khamis, 17 November 2011




Hargailah apa yang kita miliki...kerana kebiasaannya kita hanya menghargai sesuatu apabila kita kehilangannya ...

Sabtu, 5 November 2011

Kenangan 2011

Aku Dan Kehidupan Slideshow: Rohani’s trip from Terengganu, Malaysia to 5 cities Melaka, Perak, Kuala Terengganu, Kuala Berang and Kuala Kangsar was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Rakaman Pengajaran Mikro Saya




Ini merupakan rakaman pengajaran makro saya bagi tujuan memenuhi tugasan KPD3026 Sem 1.Rakaman ini dijalankan di Sk.Betong,Ajil Hulu Terengganu.Seramai 8 orang pelajar Tahun Satu telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakannya.

Pengajaran Kata Adjektif (tatabahasa)



Rakaman pengajaran di atas merupakan salah satu contoh kaedah untuk memperkenalkan kata adjektif kepada murid.Penggunaan bahan-bahan maujud dapat memberi lebih kefahaman terhadap murid berkaitan kata adjektif ini.







Ehsan :Youtube Cikgu Fauziah

Mari Mengenal Kata Adjektif Melalui Lagu




Didik hibur menggunakan lagu juga boleh digunakan serta amat digalakkan untuk mengajar kata adjektif kepada murid.Selain berbentuk hiburan ,murid akan lebih mudah memahami maksud kata adjektif yang ingin disampaikan oleh guru.Secara tidak langsung,sambil bernyanyi murid dapat menyebut kata-kata adjektif tersebut.

Kata Adjektif




Rakaman video ini adalah berkaitan penggunaan kata adjektif dalam penulisan.Murid-murid perlu dibimbing membina ayat dengan betul semasa menggunakan kata adjektif agar ayat yang dibina betul dari aspek tatabahasanya dan gramatis.

Khamis, 27 Oktober 2011

MBMMBI ke Arah Transformasi Pendidikan Negara





           Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
          Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
          Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggerisdan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.

Selipar Abad-21

Manusia dan kreativiti tidak dapat dipisahkan.Namun ilham yang tercetus diminda manusia sepatutnya lebih mendekatkan lagi kita kepada Pencipta..Pemilik yang kekal.

Selasa, 25 Oktober 2011

"Guru tidak mengeluh,malah bersemangat"

 





PENAMPANG 25 Okt. - Cabaran dan kesusahan di kawasan pedalaman tidak mematahkan semangat guru-guru untuk terus menjalankan tugas terbaik bagi mendidik anak bangsa.
Malah, cabaran itu telah menguatkan lagi semangat mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan setiap pelajar mendapat kejayaan cemerlang.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Buayan, Robert Gubat berkata, meskipun berada di pedalaman guru-guru di sekolah itu sentiasa memberi tumpuan kepada usaha pengajaran dan pembelajaran.
Katanya, keperitan hidup di sini sebenarnya telah membuatkan para guru berusaha bersungguh-sungguh memastikan semua murid berjaya.
"Bagi kami, hanya dengan kejayaan murid inilah dapat mengubah nasib mereka dan inilah juga kejayaan bagi kami semua," katanya.
Gubat yang berasal dari Tuaran berkata, sejak lima tahun berada di sekolah itu pelbagai pengalaman mencabar telah dihadapinya.
Beliau berkata, antaranya ialah menemui binatang berbisa seperti ular dan binatang buas semasa melalui hutan berkenaan.
"Malah, kereta pacuan empat roda yang saya naiki pernah terbalik dan saya bersyukur dan bernasib baik kerana tidak jatuh ke dalam gaung.
"Bagaimanapun, semangat saya untuk mengajar di sekolah ini tidak pernah luntur dan padam demi mengubah masa depan anak-anak kita ini," katanya di sini baru-baru ini.
Guru Penolong Kanan, SK Buayan Liew Mon Na pula berkata, pengalaman selama dua tahun mengajar di situ membuatkan dia sudah biasa dengan cara kehidupan penduduk kampung.
Katanya, kesusahan yang dihadapi penduduk membuatkannya membulatkan tekad untuk terus berada di sekolah itu.
"Saya kini menyedari betapa susah kehidupan di sini dan saya sama-sama merasai cabaran yang terpaksa dilalui penduduk termasuk berjalan kaki ke jalan besar selama lebih tujuh jam dan melalui kawasan berisiko.
"Malah, pernah pada musim hujan lalu beberapa jalan tertutup akibat tanah runtuh dan air besar memenuhi sungai, namun ini semua tidak menjadi penghalang kepada saya," katanya
Rombongan kakitangan Kementerian Pelajaran dan wartawan menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk ke pedalaman Penampang, baru-baru ini.

Khamis, 20 Oktober 2011

Sekadar Merehatkan Minda

Fikir-fikirkan akan maksud di sebalik foto di atas....

Marilah cuba !

Latihan kata adjektif

LATIHAN 1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu sangat____________ .
A.lazat
B.merdu
C.gembira
D.mewah

2. Rumah Siti terletak____________ dari sini .
A.jauh
B.panjang
C.lama
D.jarang

3.Pelajar yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.
A.bodoh
B.malas
C.pandai
D.degil

4.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah .
A.lewat
B.selalu
C.malas
D.jarang

5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu .
A.berat
B.ringan
C.kecil
D.lembut

6.Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam .
A.manis
B.masam
C.pahit
D.masin

7.Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat .
A.laju
B.deras
C.cepat
D.lambut

8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________.
A.kuat
B.fasih
C.cergas
D.laju

9.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi .
A.laju
B.kuat
C.kencang
D.deras

10.Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian .
A.sedap
B.merdu
C.nyenyak
D.seronok

Jumaat, 14 Oktober 2011

Logo Bulan Bahasa Kebangsaan


             Keseluruhan konsep logo menggambarkan peranan rakyat pelbagai bangsa di dalam negara bagi membentuk perpaduan di dalam konsep satu Malaysia “BBK” menjadikan tunggak kecemerlangan negara berasaskan pembangunan yang berteraskan bahasa sebagai wadah.

HURUF “B”
Huruf “B” yang direka secara grafik dan dinamik sekilas pandang berbentuk “B” bererti “Bulan” dan “Bahasa Kebangsaan” di hujung pena menjadi tunjang pada huruf “B”. Ia sinonim dengan DBP sebagai sumber ilmu dan juga dataran untuk menyampaikan dan memacukan visi dan misi DBP yang merupakan matlamat bahasa dan sastera yang akan direalisasikan oleh “B”.

BENTUK DUNIA BERPUSING DAN BENDERA MALAYSIA
“Bendera Malaysia” secara grafik terdiri daripada pelbagai warna membentuk dunia berpusing tanpa had menggambarkan arah tuju untuk mencapai matlamat masa depan “B” yang cemerlang.

Dunia berpusing menjadi latar belakang logo melambangkan tema perpaduan serta menitikberatkan cinta bahasa dan negara. Ia juga menunjukkan semua kaum yang sentiasa dipupuk dan dipastikan perpaduan, keharmonian kaum terpelihara untuk menjamin masa depan yang lebih gemilang. Ia memberi penyatuan kepada tiga bangsa utama di Malaysia, hidup penuh muafakat, bekerjasama demi memajukan negara.

Lingkaran tiga jalur merah putih pada bendera Malaysia merupakan kegiatan-kegiatan “BBK” yang meliputi pelbagai bidang ilmu dan bahasa.
DAUN RESAM DBP
Daun resam DBP yang terdapat pada logo korporat menterjemahkan bahasa menjadi bumbung logo. Ia juga sumber dalam memperkembangkan bahasa dalam era globalisasi terpusat di atas logo ini sebagai nadi utama “BBK”.
PENA DARI HURUF “B”Pena yang terletak di penghujung huruf “B” menggambarkan matlamat yang dituju dalam “BBK”. Di samping itu ia juga mencerminkan kegiatan bahasa dan sastera.

WARNA
MERAH DAN PUTIH
Merah dan putih menggambarkan semangat rakyat Malaysia untuk mencapai kegemilangan dan juga menjadi simbol wawasan satu Malaysia yang suci dan ikhlas.
KUNING
Kuning mengekalkan sistem raja berpelembagaan dan menjunjung luhur kedaulatan Negara serta menjadi simbol kegiatan “BBK” ke arah kegemilangan.
BIRUBiru bermaksud kestabilan, bersatu hati dan hidup sejahtera untuk mencapai matlamat “BBK” bersama pelbagai kaum dalam negara.
HIJAUHijau melambangkan keterampilan dan kegiatan berwibawa dalam mengembangkan bahasa yang sentiasa subur ke persada dunia.

Pereka:
Naim bin Hj. Ahmat

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Latar Belakang
Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).
Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)
Tujuan Utama
  • Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  • Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  • Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.









http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=69&VertSectionID=27&CurLocation=610&IID=&Page=1

Jumaat, 30 September 2011

Kata Adjektif Bentuk


a)  Dua garisan yang lurus dan selari tidak mungkin bertemu.

b)  Lelaki yang berperut buncit itu bapa saudara saya.

c)  Bola yang dipegangnya lonjong.
KATA A                          DJEKTI

Rabu, 21 September 2011

Kata Adjektif Sifat

1.  Budak bijak itu menerima hadiah daripada Guru Besar sekolah.

2.  Orang jahat itu telah diberkas oleh polis semalam.

3.   Tubuh anak gadis Encik Karim sangat kurus.

4.  Kehidupan penyanyi terkenal itu amat sederhana.

5.  Pemuda itu selalu ditegur kerana kelakuannya kasar.

9 jenis kata adjektif

1. Kata Adjektif Sifat
2. Kata Adjektif Ukuran
3. Kata Adjektif Pancaindera
4. Kata Adjektif Cara
5. Kata Adjektif Warna
6. Kata Adjektif Bentuk
7. Kata Adjektif Waktu
8. Kata Adjektif Perasaan
9. Kata Adjektif Jarak

Maksud Kata Adjektif

kata yang digunakan untuk menyatakan keadaan atau sifat bagi sesepatah kata nama atau sebaris frasa nama. Kata adjektif yang dikenali juga dengan nama kata sifat boleh didahului atau diikuti dengan kata penguat seperti sangat, amat, sungguh, terlalu, terlalu, banyak dan sebagainya.